Sabtu, 5 Oktober 2013

NASI AYAM MADU



Assalamualaikum...

Dh lama Dee x update blog ni. Bz le 'sesangat'...  Kali ni resepi masakan lagi iaitu spt tajuk di atas tp Dee ade touch up resepi sikit dan lain dari org lain. Biasalh... masak sendiri. Kalau korang suke, korang boleh ikut. Kalau x suke jgn complain yea... Korang pn takkn jumpa resepi macam Dee buat ni di mana2 kedai kecuali korang buat sendiri. Ni dia resepinya...



 
 
 


Bhn2 utk Nasi
4 cawan beras Siam @ Basmathi
1 sudu besar penuh mentega / marjerin
1 biji bwg merah - dihiris nipis
1/4 inci halia - dihiris nipis
1 btg kulit kayu manis
1 helai daun pandan
Sedikit garam
Sup rebusan ayam secukupnya

Cara2
1. Panaskn mentega/marjerin. Kemudian tumiskn bwg merah, halia & kulit kayu manis hgga wangi.
2. Masukkn beras y tlh dicuci ke dlm tumisan tadi & goreng seketika.
3. Kemudian masukkn sup kukusan ayam td bersama daun pandan & sedikit garam.



Bhn2 utk Ayam & Sup
A
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 ekor ayam dipotong 4 @ 8
Garam secukupnya

B
4 s/b madu
4 s/b kcap manis
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak bijan

C
Ayam - kepak, kaki & leher
1 biji bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1/4 inci halia - ditumbuk
2 kiub ayam
2 liter air
1 btg lobak merah - dipotong dadu
Garam - secukup rasa

Bhn tambahan
Daun salad
Tomato
Daun sup
Daun bwg
Bwg goreng
Lada sulah

Cara2
1. Bhn2 A ditumbuk hgga hancur & lumurkn pd ayam. Perap utk seketika.
2. Sediakn periuk kukus. Masukkn bhn2 C ke dlm periuk utk jdkn ia sup kukus.
3. Kemudian kukuskn ayam hgga 3/4 masak.
4. Ayam kukus td diangkat & diperap seketika dgn bhn B.
5. Ayam perap td boleh lh dibakar dlm oven @ digoreng dgn minyak penuh. (jgn t'lalu lama kerana ayam tlh 3/4 masak.
6. Ayam yg tlh siap boleh lh dihidangkn dgn daun salad & tomato.
7. Sup boleh dihidangkn dgn taburkn ke dlm sup bwg goreng, lada sulah, daun (sup & bwg) ikut citarasa.



Bhn2 utk Sos kicap
4 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
2 sudu myk bijan
1 senduk kecil sup

Satukn bahan tersebut & boleh juga dicampurkn lebihan kicap perapan ayam td & hidangkn.



Bhn2 utk Sos Cili
8 - 10 btg cili merah
2 ulas bwg putih
3/4 inci halia
1 s/k garam
4 s/m gula
2 s/m cuka
1/2 cawan air masak
1 s/m sos ikan

Satukn & kisar bhn2 hgga hancur & hidangkn....



1 ulasan: